Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah bin Asad bin 'Abdil 'Uzza bin Qushay Al-Qurasyiyah Al-Asadiyah r.a
Beliau adalah merupakan isteri Nabi Muhammad s.a.w.
yang pertama. Sebelum berkahwin dengan baginda Rasulullah. Beliau pernah menjadi
isteri dari Atiq Almakzomik bin Abid dan dikaruniai dua orang anak yaitu Abdullah dan Jariyah, juga isteri dari Abi Halah Al Tamimy bin Malik dan telah mempunyai
dua anak juga yaitu Hindun dan Zainab.
Banyak kisah memaparkan bahawa sewaktu Nabi Muhammad s.a.w.
bernikah dengan Khadijah, umur Khadijah berusia 40 tahun sedangkan nabi
Muhammad s.a.w. hanya berumur 25 tahun. Tetapi menurut Ibnu Kathir,
seorang tokoh dalam bidang tafsir, hadis dan sejarah, mereka berkahwin
dalam usia yang sebaya. Nabi Muhammad s.a.w. bersama dengannya sebagai
suami isteri selama 25 tahun yaitu 15 tahun sebelum bithah
dan 10 tahun selepasnya yaitu sehingga wafatnya Khadijah, kira-kira 3
tahun sebelum hijrah. Bertepatan dengan Mi'rajnya Rasulullah.
Khadijah wafat semasa beliau berusia 50 tahun.
Beliau merupakan isteri Nabi Muhammad s.a.w.
yang tidak pernah dimadukan kerana kesemua isterinya yang dimadukan
adalah berlaku selepas daripada wafatnya Khadijah. Di samping itu,
kesemua anak baginda kecuali Ibrahim adalah kandungannya. Mas kahwin
daripada Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 20 bakrah
dan upacara perkahwinan diadakan oleh ayahnya Khuwailid. Riwayat lain
menyatakan, upacara itu dilakukan oleh saudaranya Amr bin Khuwailid.
Anak-anak Rasulullah bersama Khadijah
- Al-Qasim bin Muhammad
- Abdullah bin Muhammad
- Ibrahim bin Muhammad
- Zainab binti Muhammad
- Ruqaiyah binti Muhammad
- Ummu Kalthum binti Muhammad
- Fatimah Az - Zahara binti Muhammad
Diriwayatkan bahawa anak perempuan Nabi Muhammad SAW iaitu Fatimah Az-Zaharah telah berkahwin dengan Khalifah Saidina Ali bin Abi Talib.
Kesemua ketiga - tiga anak lelaki Rasullullah telah meninggal dunia
sejak kecil lagi.Tujuan Allah SWT mencabut semua nyawa anak lelaki Nabi
adalah bagi mengelakkan supaya tiada lagi wujud Nabi dan Rasul yang baru
sesudah Nabi Muhammad, hal ini kerana Nabi Muhammad adalah Nabi dan Rasul yang terakhir diutuskan Allah sesudah Nabi Isa diatas muka bumi ini.Nabi Muhammad adalah Nabi dan Rasul bagi seluruh umat alam buana dan semesta sehinggalah ke Hari Kiamat.
Kepribadian Khadijah
SIFAT isteri salihah dan keibuan Ummul Mukminin
Saidatina Khadijah Khuwailid adalah contoh terbaik ibu mithali yang
mempunyai sifat seperti cantik, kaya, cergas, cerdas, dermawan dan
berketurunan mulia.Selain itu, beliau adalah seorang ‘al-wadud
al-walud’ yaitu wanita penyayang dan subur.
Sifat isteri salihah dan keibuan boleh dicontohi dan dijadikan iktibar daripada perjalanan hidup Saidatina Khadijah diantaranya:
# Tenang dan menenangkan jiwa Rasulullah SAW di kala sedih dan gelisah. Diriwayatkan kehebatan Saidatina Khadijah ialah beliau seorang yang tenang dan berjaya menenangkan Rasulullah SAW selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira’.
Baginda Nabi SAW yang berada dalam keadaan ketakutan dan gementar ditenangkan Saidatina Khadijah dengan katanya: “Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana”.
Kata-kata lemah lembut dan manis inilah yang membuatkan hati Baginda tenang. Perasaan takut yang terbaca di raut wajah Rasulullah SAW hilang berganti cerah dan terang.
Selepas peristiwa di Gua Hira’ yang menandakan Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi Rasul Allah, maka dengan tidak ada sebarang keraguan di hati Saidatina Khadijah untuk menerima Islam.
Ummul Mukminin ini penyokong kuat Rasulullah SAW dalam menggerakkan usaha dakwah. Beliau pembela paling setia dan sanggup mengorbankan seluruh jiwa raga, harta dan perasaannya demi kejayaan perjuangan Rasulullah SAW.
Terimalah khabar gembira dan teguhkanlah hatimu! Demi Zat yang
diriku di tanganNya, sesungguhnya aku berharap engkau menjadi Nabi umat
ini”.
# Mendukung perjuangan suaminya Rasulullah SAW dengan semangat dan jiwa seorang pejuang, berpaksikan kepada kekuatan iman. Walaupun secara fizikalnya, Saidatina Khadijah tidak mengalami gangguan dan ancaman kaum Musyrikin, tetapi sebagai seorang wanita, beliau turut berasakan penderitaan dan kesedihan jika suaminya menerima tentangan dahsyat dalam menyebarkan dakwah Islam.
# Mendukung perjuangan suaminya Rasulullah SAW dengan semangat dan jiwa seorang pejuang, berpaksikan kepada kekuatan iman. Walaupun secara fizikalnya, Saidatina Khadijah tidak mengalami gangguan dan ancaman kaum Musyrikin, tetapi sebagai seorang wanita, beliau turut berasakan penderitaan dan kesedihan jika suaminya menerima tentangan dahsyat dalam menyebarkan dakwah Islam.
“Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati
tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap
benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana”.
# Menghadapi saat suka duka dan susah senang bersama Rasulullah SAW. Perkara ini dapat disaksikan dalam peristiwa pemulauan dilakukan oleh kafir Musyrikin terhadap Bani Hasyim dan Bani Mutalib selama tiga tahun.
Beliau sanggup meninggalkan segala kemewahan demi keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya. Sejuta jasa ditaburnya untuk memberikan perlindungan dan pembelaan kepada suaminya dalam melaksanakan tugas kerasulannya.
Pahit getir dalam menempuh hidup sebagai pejuang Allah dirasakannya. Pelbagai ugutan dan cabaran diharungi bersama Baginda lantaran demi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.
Jasanya dikenang Rasulullah SAW selepas beliau pergi dijemput menemui Allah SWT. Diriwayatkan pada suatu hari Khaulah Binti Hakim bertanyakan baginda: “Wahai Rasulullah, apakah engkau kesepian berpisah dengan Khadijah? Rasulullah SAW menjawab dengan katanya: “Ya! Demi Allah, Khadijah itu pentadbir dan suri rumah yang baik”.
Selepas itu, baginda memperisterikan Saudah Binti Zum’ah dan Saidatina Aisyah. Ingatan Baginda terhadap Saidatina Khadijah juga amat mendalam sehinggakan Saiditina Aisyah berasa cemburu terhadap Khadijah.
Dalam satu riwayat diceritakan bahawa pada suatu hari, Halah Binti Khuwailid, saudara perempuan Khadijah datang menemui Baginda dengan penuh adab kesopanan seperti adab Khadijah meminta izin mengadap Rasulullah SAW. Baginda berasa gembira melihat perlakuan Halah dan mengungkapkan: “Ya Allah, Halah Binti Khuwailid”.
Mendengar ucapan itu Aisyah cemburu dan berkata: “Kenapa engkau masih mengingati wanita Quraisy yang sudah tua, bermulut merah dan sudah tiada. Bukankah Allah sudah memberikan kepadamu pengganti, isteri yang lebih baik daripadanya?” Lantas Baginda menjawab: “Tidak! Beliau beriman ketika orang lain mengingkariku. Beliau mempercayaiku ketika orang lain mendustakanku. Beliau membantuku dengan hartanya, ketika orang lain tidak memberiku apa-apa. Allah mengurniakan aku anak darinya, tidak daripada isteri yang lain.”
# Keutamaan Khadijah di sisi Allah dan Rasul-Nya dipandang tinggi. Diriwayatkan bahawa Allah menyampaikan salam-Nya kepada Khadijah ketika hidupnya melalui Jibril yang disampaikan kepada Nabi SAW.
Baginda menyampaikan salam itu: “Wahai Khadijah, sesungguhnya Jibril sudah menyampaikan salam kepadamu dari Allah Rabbil ‘Alamin”. Khadijah menjawab salam itu dengan katanya: “Allah Maha Penyelamat, daripada-Nya keselamatan dan kepada-Nya pula kembali keselamatan. Semoga keselamatan atas Malaikat Jibril.”
Ibn Abbas menceritakan keutamaan Saidatina Khadijah pada kaca mata Rasulullah SAW amat tinggi. Diriwayatkan pada suatu hari Rasulullah SAW membuat garis di atas tanah, Baginda pun bertanya kepada sahabat: “Adakah kamu sekalian mengetahui mengenai ini?” Sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.”
Baginda pun bersabda: “Sebaik-baik wanita di dunia ini ada empat orang iaitu Maryam Binti Imran, Asiyah puteri Muzahim (isteri Firaun), Khadijah Binti Khuwailid dan Fatimah Binti Muhammad.”
Demi Allah! Dia (Khadijah) beriman kepadaku disaat orang-orang
mengingkariku. Dia membenarkanku di saat semua orang mendustakanku. Dan
dia membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika semua orang
menahan hartanya dariku dan Allah telah mengurniakan beberapa orang
zuriat dari rahimnya yang tidak aku perolehi dari isteri-isteriku yang
lain”. [HR Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].
Sebagaimana Saidatina ‘Aisyah r.a. berkata :
Belum pernah aku cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah
Sallallahu alaihi wa Sallam sebagaimana cemburunya aku kepada Khadijah,
padahal aku tidak pernah melihatnya. Tetapi Rasulullah Sallallahu alaihi
wa Sallam selalu menyebut-nyebut namanya, bahkan adakalanya menyembelih
kambing dan diberikannya kepada sahabat-sahabat Khadijah. Bahkan pernah
aku berkata, “Bukankah Khadijah itu seorang wanita tua? Bukankah Allah
sudah memberikan kepadamu pengganti, isteri yang lebih muda dan baik
daripadanya?”. Lalu Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam menyebut,
“Tidak! Demi Allah !Dia Subhanahu wa Ta’ala tidak memberikan seorang
pengganti yang lebih baik daripadanya. Dia (Khadijah) telah beriman
kepadaku pada saat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkan ajaran
yang aku bawa di saat orang-orang mendustakanku. Khadijah membantuku
dengan menginfakkan segenap hartanya ketika orang-orang menahan hartanya
dariku dan Allah mengurniakanku beberapa orang zuriat dari rahimnya
yang tidak diberikan oleh isteri-isteri yang lain” . [HR. Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].
Tatkala Jibril datang kepada Rasulullah SAW dan mengatakan,
“Wahai Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Ini dia Khadijah. Dia akan datang membawa bejana berisi makanan atau minuman. Bila ia datang kepadamu, sampaikanlah salam padanya dari Rabbnya dan dariku, dan sampaikan pula khabar gembira tentang rumah buatnya di dalam syurga dari mutiara, yang tak ada keributan di dalamnya, dan tidak pula keletihan”. Khadijah lantas menjawab salam itu dengan katanya: “Allah Maha Penyelamat, daripada-Nya keselamatan dan kepada-Nya pula kembali keselamatan. Semoga keselamatan atas Malaikat Jibril.” [HR. Bukhari dalam Shahih Bukhari, Bab Perkahwinan Nabi SAW dengan Khadijah dan Keutamaannya, 1/539]
“Wahai Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Ini dia Khadijah. Dia akan datang membawa bejana berisi makanan atau minuman. Bila ia datang kepadamu, sampaikanlah salam padanya dari Rabbnya dan dariku, dan sampaikan pula khabar gembira tentang rumah buatnya di dalam syurga dari mutiara, yang tak ada keributan di dalamnya, dan tidak pula keletihan”. Khadijah lantas menjawab salam itu dengan katanya: “Allah Maha Penyelamat, daripada-Nya keselamatan dan kepada-Nya pula kembali keselamatan. Semoga keselamatan atas Malaikat Jibril.” [HR. Bukhari dalam Shahih Bukhari, Bab Perkahwinan Nabi SAW dengan Khadijah dan Keutamaannya, 1/539]
Besambung......
Tidak ada komentar:
Posting Komentar